Tuesday 26 February 2013

Teknik mengenal pasti Keyword Terbaik.

Perkara penting sebelum memulakan pembinaan blog atau website ialah memilih keyword (kata kekunci). Sebelum kita beralih arah kepada peniagaan online. Kita seharusnya memilih keyword yang sesuai dengan web atau blog tentang peniagaan kita. Sekiranya kita gagal mendapat keyword yang baik, kemungkinan besar kita menghadapi masalah untuk mengenaraikan web atau blog dalam enjin pencarian. Sabar dan terus belajar tentang SEO sekira anda faham apa yang saya terangkan ini , kebarangkalian untuk menyenaraikan produk anda google agak mudah.

Teknik mengenal pasti Keyword Terbaik.


  • Analisis secara menual di enjin pencarian . Cuba taip apa sahaja untuk mencari keyword yang sesuai. Pastikan anda mencari dibawah 1 juta kata carian di google . Sebagai orang baru didalam pemasaran cari kata cari dibawah 1 juta. Ini akan memudahkan blog anda agak mudah tersenarai dalam enjin pencarian.



  • Kenal pasti pesaing anda - setiap peniagaan mesti anda pesaing tapi biarlah bersaing dengan sihat. Perkara paling penting untuk mengenal pasti persaing anda dengan mengunakan keyword tentang peniagaan anda. Sebagai orang baru dalam bisnes online, pastikan anda mengunakan blog atau web orang lain sebagai rujukan tapi jangan meniru. Tidak salah sekiranya anda sering membelek-belek blog orang lain. Mereka juga panduan untuk anda. Saya juga berbuat demikian pada masa mula menceburi bidang ini . Saya sentiasa mengikuti perkembangan blog yang saya rasa boleh menjadi rujukan kepada saya. 




Sunday 24 February 2013

Tips mendapat pengaruh(followers) dalam bisnes.

Pengaruh adalah salah satu perkara penting untuk kita menjaya bisnes yang kita bina.

 Dengan adanya pengaruh membuatkan bisnes yang dibina menjadikannya bertambah maju dan mudah dikenali. Dalam erti lain dalam online ialah followers.

Bagaimana menjadikan  sesuatu yang kita paparkan dionline menjadi kesukaan orang ? .


Setiap pemimpin dan perniaga yang berjaya memerlukan orang yang ramai untuk menyokong mereka. Tapi bagaimana? Disini saya kongsi beberapa tips untuk anda berjaya dalam online atau secara offline.


Beri perkhidmatan percuma.

Memang sudah menjadi lumrah alam , setiap yang percuma menjadi ikutan dan sesuatu yang dinantkan oleh masyarakat. Sudah menjadi hukum alam, setiap yang percuma memang diperlukan oleh semua orang. Dalam online seperti perkhidmatan media sosial facebook mendapat sambutan yang mengalakkan .Disamping banyak aplikasi percuma yang anda boleh dapati di facebook. Bagi saya beri perkhidmatan percuma adalah satu cara untuk mempromosi kepada pelanggan tentang sesuatu perhidmatan atau produk. Pernah kah anda terlihat tag line Free Trial ? Percuma beli satu dapat dua, percuma untuk pendaftaran terawal atau berbagai -bagai tag line percuma. Bagaimana sambutan yang memberi perkhidmatan percuma ? Tentu mengalakan bukan ? Pemberian percuma ada dianggap ikhlas tapi anda perlu fikirkan kos untuk peniagaan ada.



Tidak mengharapkan sesuatu yang percuma dalam hidup.

Walaupun kita sentiasa memberi sesuatu yang percuma kepada masyarakat. Nanum kita tidak seharusnya mendapat sesuatu yang percuma. Apa yang terbaik untuk menjalankan sesuatu perniagaan kita seharusnya bermodal dan modal ini kita perlu bayar dengan wang ringgit atau pun sebagainya. sekiranya kita berani membayar sesuatu untuk meningkatkan perniagaan, barulah bakal pelanggan dan pelanggan tetap kita merasa respect dan hormat terhadapat perhidmatan ataupun produk yang kita niagakan. Contoh di Facebook ramai diantara kita mengunakan kaedah percuma untuk mempromosi peniagaan . Cuba sekali-sekala mencuba iklan berbayar supaya kita mendapat ranking tertinggi dan pengikut yang ramai . Barulah perniagaan anda nampak seperti profesional. Anda nak untung beribu-ribu ringgit tetapi keluar modal yang sedikit pun menjadi keberatan. Bagi saya baik anda lupakan tentang perniagaan. Falsafah cina ada menyebut " Hendak Duit mesti Main dengan Duit ".

Bantu orang lain.

Setiap kejayaan pasti ada perngorbanan. Pengorbanan disini bermaksud kita sanggup korban untuk membantu orang lain supaya mereka juga berjaya. Ramai insan yang bergelar jutawan dan berjaya membuka bengkel motivasi atau peningkatan kerjaya. Mereka juga juga di kenali sebagai hero kerana membantu orang lain untuk berjaya. Masyarakat sering tertanya-tanya tentang kejayaaan dan bagaimana untuk mendapat tip kejayaan. Disini kita lihat mereka yang sudah berjaya menjadi sebutan dan bualan tentang kejayaan mereka. Sebagai contoh Dato Fadillah kamsah, Irfan Khairi, Dr Azizan Osman, Azizi Ali dan lain -lain lagi .Mereka ini mempunyai pengikut yang tersendiri kerana mereka ini suka membantu untuk menjaya orang lain.

Friday 22 February 2013

Bagaimana membuka Kedai Online ?

Pada masa ini ramai yang telah menceburikan dalam perniagaan online. Berbagai produk yang telah menjadi perhatian ramai. Ada yang menjadikan bisnes online sebagai satu sumber pencarian yang utama dan ada menjadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Saya menyarankan agar kepada anda yang baru berjinak-jinak dalam bisnes online agar membuka kedai online iaitu e-commerce (E- Dagang). 



Kehebatan Kedai Online (E-dagang)
  • Kita dapat mennyenaraikan segala produk dalam satu portal
  • Kemudahan untuk menjual beli .
  • Mudah untuk mengemas kini barangan yang terbaru
  • Fokus terhadap barangan dijual adalah tinggi memudahkan portal yang dibina  tersenarai dalam enjin pencarian (google).
  • Mudah diselenggarakan
  • Harga yang dikenakan agak berpatutan dan bergantung pada applikasi.
  • Ini adalah satu perniagaan online yang terus terang menerang produk yang anda jual kerana kebanyakan kedai online tidak memerlukan artikel yang banyak dan hanya memerlukan gambar dalam kata lain selling Straight to the point.


Cara-cara untuk membuka Kedai Online 

1. Kenal pasti barangan atau  produk untuk diniagakan di online.
2. Bagaimana pembayaran dibuat ? contoh yang paling senang adalah Maybank2u dan Paypal.
3.Penghantaran juga mesti dititik berat. Cari barangan dan produk mudah untuk penghantaran kerana semakin berat barangan yang dihantar semakin mahal kos penghantaran. Contoh terbaik pos laju dan syarikat kurier swasta.
4. Target pelanggan juga mesti diambil perhatian. Adakah pelanggan anda muda atau berumur , perempuan atau lelaki   , atau produk anda untuk semua tidak kira peringkat umur.




Monday 18 February 2013

Teknik berkesan promosi bisnes di online.

Berbagai teknik yang diguna pakai untuk mempromosi bisnes di online buat masa ini. Masih teringat saya 7 tahun dahulu mula-mula menceburi bidang perniagaan. Bagaimana untuk saya mempromosi bisnes ? Adalah datang  premis perniagaan satu persatu atau kediaman seperti yang dilakukan oleh salesman atau jurujual yang berpengalaman. Bagaimana untuk saya hendak memberitahu tentang perniagaan saya ?Akhirnya saya mendapat jawapan , di online.

Teknik promosi bisnes di online.

Disini saya akan berkongsi bagaimana untuk mempromosi bisnes di online. Di samping juga , perkara yang saya terangkan disini supaya mudah para pengunjung yang membaca blog ini  untuk mengetahu skill teknik berkesan promosi bisnes di online.

Pemasaran mengunakan email.

Ini adalah cara yang paling lama diguna pakai oleh mereka yang memulakan pemasaran di online. Email merupaka satu media yang paling mudah digunakan dan disamping itu juga mudah untuk dipelajari. Teknik email marketing perlu dipelajari agar setiap email yang dihantar bukan hanya untuk menghantar matlumat ataupun mesej tetapi diselit dengan promosi tentang bisnes anda.




Membina laman web

Laman web adalah satu alat untuk memberitahu tentang perniagaan kita. Segala-galanya mengenai bisnes kita boleh diterjemahkan melalui laman web. Untuk membina laman web kita harus mempunyai teknik dan pembelajaran yang khusus. Saya bukanlah seorang pakar dalam grafik tetapi saya dapat membina laman web hasil pembelajaran dari buku, ebook, dan khusus mengenai laman web. Jikalau anda bercadang untuk membina laman web sila berjumpa pada mereka yang pakar dalam pembinaan laman web. Harga yang dikena mengikut fungsi laman web tersebut.

Facebook

Ini adalah salah satu media sosial yang paling popular pada masa ini . Kebanyakkan perniaga mempromosi perniagaan mereka di Facebook. Tetapi bagaimana ? Teknik pemasaran di facebook patut dipelajari untuk mendapat tempat yang baik di facebook. Salah satu teknik ialah membuka facegroup. Dengan membuka face group anda dapat kumpulkan pengikut bisnes anda.


Direktori bisnes.

Direktori bisnes atau portal bisnes banyak memberi manfaat kepada ahli yang berdaftar. Dimana mereka boleh mempromosi bisnes mereka. Ada yang berbayar dan ada pula secara percuma. Bergantung kepada kemanpuan anda. salah satu protal bisnes yang paling popular ialah mudah.my.



Iklan di akbar.

Satu salah cara saya mempromosi bisnes saya ialah beriklan di akbar. Kos yang dikenakan agak mahal .Saya mengikat kontrak dengan syarikat akbar tersebut lebih satu tahun semata-mata untuk mempromosikan bisnes saya. Saya iklankan laman web yang saya bina ke dalam akbar tersebut . Kos yang dikenakan selama setahun hampir Rm20k . Memang mahal  bukan? Inilah usaha saya untuk mempromosi perniagaan saya.


Blog

Saya mengunakan blog sebagai satu senjata untuk  promosi bisnes saya . Pada mulanya agak kekok dengan aplikasi dengan mengunakan blogspot .Saya mengambil keputusan untuk mempelajari dengan mengunakan buku-buke, ebook dan ceramah dari mereka yang pakar dalam bidang ini. Blog bagi saya agak mudah untuk mempromosi bisnes di online. Sekira anda mempelajari teknik yang terkini , anda mungkin pakar dalam promosi bisnes melalui blog. Disini juga saya letak beberapa teknik blogging yang pernah saya tulis . Bagaimana blog berfungsi sebagai media promosi bisnes anda?




Saturday 16 February 2013

Kawal minda separa sedar.

Minda separa sedar bersifat berkecuali dan diibarat seperti tanah liat (plastecine) kerana ia dapat membentuk mengikut sesuka hati kita. Minda separa sedar tidak membuat keputusan tetapi hanya mengikut arahan minda sedar kita. Maka apabila kita mengawal sepenuhnya minda  sedar kita dengan mendisplinkan diri bercakap dan memikir hanya perkara yang kita mahu bererti kita mengarah minda separa sedar supaya berfikir, berkata-kata dan bertindak dengan memboleh kita berjaya sahaja. Di sini bemakna minda separa sedar menunggu arahan setiap aktiviti kita lakukan dan cara kita berfikir.

Latihan minda separa sedar.

Kawal minda separa sedar.Tetapkan matlamat dengan jelas tentang apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Sekiranya anda seorang peniagaan tetapkan keuntungan setiap bulan serta sesuatu yang boleh meningkatkan peniagaan anda. Cuba setkan matlamat didalam minda supaya dapat diterjemahkan melalui minda separa sedar. Tanamkan matlamat yang mendalam. Kajian mengatkan minda separa sedar beroperasi sewaktu kita tidur.Minda separa sedar akan merekod segala aktiviti kita sewaktu kita berjaga.Mulakan dengan setkan matlamat yang kukuh.

Bayangkan diri kita hebat

Teruskan dengan membina matlamat dengan membayangkan kita peniaga yang paling hebat dalam bidang yang kita ceburi. Lupakan tentang perkara yang negatif dan berhenti untuk mengkritik. Tetapkan didalam hati dan fikiran tetang perkara yang positif sahaja. Acuan minda separa sedar yang berjaya bermula pada fikiran yang positf. Kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai matlamat yang kuat, sentiasa positif dalam bidang mereka. Keputusan mereka adalah tepat walau pernah menemui kegagalan.

Apabila kita terpandang seseorang memandu kereta mewah atau melihat rumah mewah katakan, " Saya akan memiliki seperti apa yang saya nampak sekarang ini ".Saya pasti akam memilikinya !!!! Ini bukan angan-angan tetapi impian.

Kitalah yang menetapkan, orang lain hanya membantu , maka kita juga mampu mencapainya. Impian tiada hadnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...