Tuesday 29 January 2013

Pentingnya Ilmu dalam peniagaan

Pentingnya Ilmu dalam peniagaanTidak perlu saya kata berapa penting sesuatu ilmu kerana masing-masing telah arif tentang hal tersebut. Kenapa ilmu itu penting ? seorang yang menjadi pakar disebabkan ilmu . Ilmu patu dituntut pada mereka yang berpengalaman .Ianya tidak datang dengan sendiri, ilmu patut dicari dan pula patut dibeli dengan wang ringgit.

Firman Allah:

“(Petunjuk itu) sebagaimana kami telah mengutus seorang Rasul dari golonganmu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu (dari sifat syirik dan lain-lain kelakuan jahat), mengajarkan kepadamu (isi) kitab (Al-Quranul Karim) dan hikmah, serta mengajarkan kepadamu hal-hal yang belum kamu ketahui” (Al-Baqarah: 151)

Sabda Rasulullah S.a.w: “ Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim dan muslimat”.

Ilmu di dalam bahasa arab bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara sebenar.
Ilmu juga boleh didefinisikan sebagai petunjuk; makrifat; ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej pandangan atau pendapat; dan ilmu juga adalah proses mengetahui , orang yang mengetahui dan apa yang diketahui; dan ilmu juga adalah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.


Hang tuah juga menuntut ilmu

Perjalanan memakan masa berhari-hari untuk mendaki gunung Ledang bersama lima sahabat  semata mencari guru silat yang terbaik pada masa itu. Lakmana Hang Tuah menjadi insan yang terhebat dalam ilmu persilatan dengan mendalami ilmu persilatan dan berjaya menewaskan Taming sari seorang pendekar paling hebat dari seberang. Bayangkan berapa hebatnya ilmu!!!!.

Ilmu dalam perniagaan

Pentabiran, akaun , promosi dan segala hal yang melibatkan perniagaan adalah ilmu yang patu kita pelajari. Apa yang penting kesungguhan untuk menimba ilmu menjadi kita seorang yang pakar. Di dalam dunia serba moden ini, banyak ilmu berkaitan dengan perniagaan mudah didapati dengan cara melayari internet, membaca buku, menghadiri kursus dan berbagai lagi teknologi canggih memberi kita ilmu yang manfaat.

Ilmu peniagaan itu datang dari bakat dan keturunan ?

Bagi saya bakat dalam perniagaan memang patut ada  tetapi sekiranya tidak diamalkan bakat tersebut akan lenyap dan sekiranya bakat tersebut tidak diasah maka tiada apa-apa yang menguntungkan. Saya mengambil contoh orang cina memang pandai berniaga kenapa ? Mereka telah dilatih semasa kecil mengikut keluarga mereka kedai ataupun perusahaan sejak mereka kecil.  Disini mereka diajar bagaimana untuk berniaga dan mereka juga mendapatkan pendidikkan tidak rasmi secara berniaga tetapi cara ini kurang dipupuk oleh orang kita.

Ilmu dari mentor

Mentor dalam perniagaan mesti ada sekira kita ingin sesuatu kejayaan. Cari mentor yang sesuai dengan anda supaya anda mudah mengecapi kejayaan. Sekiranya anda ingin berlajar bermain golf cari jurulatih golf dan sekiranya anda ingin belajar bermain bowling cari lah jurulatih bermain bowling. Mentor memang perlu kerana mereka ini telah merasai pengalaman yang belum kita rasai. Kepada yang ingin berjaya dalam perniagaan cari mentor yang membantu kita dalam perniagaan.

Monday 28 January 2013

Sebalik kisah PSY -Gangnam Style

Sebalik kisah PSY -Gangnam Style
Disini saya akan berkongsi tentang beberapa kisah yang menarik perhation lelaki yang bernama PSY . Yang amat popular dengan lagu dan Gangnam Style yang telah mencatat beberapa angerah belum sampai setahun lagu ini berkumandang , kejayaan demi kejayaan. Di youtube sahaja setakat ini  1,246,259,478 pengunjung.


Satu fenomena yang berkaitan dengan muzik yang amat menguntungkan .Keuntungan terkini adalah dianggarkan sebanyak USD10 juta hasil dari penjualan album, muzik download,  konsert dan lain-lain lagi.Semua ini berlaku tidak sampai setahun.





Siapa itu PSY ?

Nama sebenar Jae Sang Park atau Park Jae Sang berumur dalam lingkungan 36 tahun. Dibesarkan di utara korea selatan .Mendapat pendidikan di Bostan Universiti dan Berklee College of Music .Kedua-dua ialah universiti yang terbaik di Amerika syarikat. Minat yang mendalam membuat dia menjadi penyannyi rap di universiti tersebut.

Bermula kehidupan sebagai penyanyi.

Nama PSY diambil pada tahun 2001 bermula dengan album pertama From the Psycho World .Dengan keadaan fikizal yang kurang mendapat perhatian. Pada masa itu masyarakat korea amat mementingkan ketampanan , segak dan bergaya. Di samping itu lirik didalam album tersebut memberi pengaruh negatif kepada golongan muda. Masalah menimpa apabila disaman kerana mengandungi unsur negatif oleh kerajaan korea dan dilarang diedarkan. Album kedua  pada tahun 2012 bertajuk SSA juga dilarang diedarkan pada mereka yang berusia dibawah 19 tahun. Malah PSY pernah ditolak oleh beberapa penerbit untuk menerbitkan albumnya.

Kegagalan demi kegagalan

Sikap yang tidak pernah putus asa membuat PSY terus mencuba  untuk menjadi insan yang terkenal . Pernah gagal dalam ujibakat untuk berlakon sebuah filem. mungkin disebabkan tidak mempunyai paras rupa yang menarik dan bentuk fizikal yang menjadi idaman setiap wanita. PSY mencuba lagi dengan Album bertajuk "Champion ". Disini lah bermula kejayaan yang seorang penyanyi bernama Park Jae Sang a.k.a PSY. satu syarikat yang bernama YG entertaiment menawarkan PSY menyertai  satu kumpulan Band boy. Beliau dengan rasa rendah hati menolak dan mengatakan bahawa beliau masih baru dalam arena muzik dan ingin berdikari sebagai penyanyi solo.

Kejayaan Gangnam Style




Pada tahun 2012 satu fenomena muzik yang meletup diperingkat antarabangsa  bernama Gangnam Style .Video tersebut dimuat turankan oleh youtube  dan memperolehi jumlah pengunjung sebanyak 1,246,259,478  tontonan setakat ini . Jumlah tersebut akan meningkat pada masa akan datang. Lagu tersebut mengisah seorang wanita yang mengidam kehidupan di Bandar raya Gangnam , korea yang penuh dengan kemewahan. Bandar tersebut adalah pusat perusahaan jenama Samsung. Kawasan tersebut terdiri dari orang ternama dan kaya. Lirik lagu tersebut memberi maksud dan sindirin terhadap kaum elit di negara itu.

Bagaimana hasilkan Bisnes Blog ?

bisnes blogRamai diantara kita membina blog bagi tujuan bisnes. Pada mulanya saya membina blog hanya suka-suka sahaja tetapi lama kelamaan blog merupakan flatfom untuk saya mempromosi peniagaan saya. Di sinilah terbina bisnes blog saya.



Bagaimana membina blog bisnes?

Ada juga yang membina blog atas rasa ingin meluahkan sesuatu supaya dapat diterjemahkan menjadi satu perkataan dan penulisan. Berbalik kepada topik asal saya, blog bisnes yang dibina biarlah nampak profesional dan produk yang dijual mesti menjadi topik penting dalam blog post.

Penulisan dalam blog bisnes mesti mengunakan perkataan yang formal. Jangan mengunakan perkatan di singatan dan perkataan SMS. Untuk menghasilkan sesuatu yang menguntung dari internet adalah sesuatu yang sukar sekiranya anda tidak berilmu.

Untuk menjadikan blog bisnes yang berkesan kita memerlukan teknik-teknik terkini dan tips yang untuk menjadi blog yang dibina mendapat tempat dihati pelanggan.Apa yang penting pengikut (followers) sentiase menunggu setiap post blog kita.

Ciri-ciri bisnes blog yang terbaik :-


  • Blog yang memberi manfaat kepada setiap pengunjung
  • Menerapkan satu produk dan satu perhidmatan.
  • Berbicara tentang satu produk sahaja,
  • Memberi info terkini dan kepentingan .
  • Memberi maklumbalas kepada pengunjung dan pelanggan.
  • Jaminan wang akan dipulangkan sekira pelanggan tidak berpuas hati.
  • Memberi berita terkini dan sentiasa memberi promosi terhadap pelanggan tetap.
  • kepada pengusaha produk digital beri perhidmatan "FREE TRIAL".
  • Ruangan jual beli mudah dilihat oleh pengunjung.
  • Harga yang bersesuai dengan perhidmatan.
  • Tiada caj tersembungi.
  • Kurangkan iklan yang dihadapan blog tersebut.
  • Reka bentuk yang teratur.
  • Bahasa yang digunakan mudah difahami.
  • Testimonial pelanggan.
  • Yang paling penting anda pernah mencuba sebelum menjual.
  • Mempunyai pengikut (followers).
  • tiada unsur-unsur yang mencurigakan atau SPAM
  • Perhidmatan yang diberikan secara jujur dan terlus.
  • Blog post anda mestilah original bukan " paste and copy ".

Friday 25 January 2013

Tips pemasaran di Facebook yang paling berkesan.

Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di dunia. Ramai diantara kita yang mengunakan facebook untuk tujuan berkomunikasi tetapi facebook merupaka tempat untuk kita membina peniagaan dan segalanya yang berkaitan perniagaan. Disini saya kongsikan bersama cara dan teknik untuk memasarkan sesuatu produk dan perkhidmatan melalui facebook.

1. Menbuat Facegroup - cara ini adalah mengumpul indivividu tertentu didalam satu kumpulan (group) supaya segala berita yang berkaitan dengan pagegroup mudah untuk dipromosikan . Semakin ramai yang  like semakin senang untuk anda memaparkan berita mengenai bisnes anda. Untuk membuat pagegroup adalah sesuatu yang amat , anda dinasihat memcuba di facebook anda.



2. Mendapatkan Like dengan - Pay per click (Facebook).
Kaedah ini melibatkan wang ringgit, ianya berfungsi sebagai untuk  mempromosikan blogs anda. Sebagai seorang yang mahukan keuntungan. Ini adalah modal untuk kita membuka perniagaan internet. Apa yang terbaik sekiranya mengunakan kaedah pay per click ialah kita memberi bajet dan mengikut kemampuan untuk mempromosi blog atau perniagaan kita.

bangun dalam bisnes

Saya sendiri mengunakan kaedah ini untuk meningkat trafik dan mempromosi blog saya.

3. Bagaimana meletak tanda like di blog anda

bangun dalam bisnes








-  Login akaun blogger, dari dashboard , design  add  gadget -HTML javascript
-  Copy dan paste




-Paste dimana tempat yang mudah untuk pengunjung melihat tanda like.

note: Gantikan URL-ANDA dengan url blog anda

- Save dan lihat hasilnya.:)

p/s: Apabila seseorang 'like', akan keluar di wall orang yang like tentang blog anda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan trafik blog anda.:)

Thursday 24 January 2013

Cara membina blog mampu menjual

Cara membina blog mampu menjual
Pada masa ini banyak blog-blog perniagaan yang terbina tetapi adakah blog tersebut mampu menjual sesuatu produk. Blog bisnes adalah blog yang mampu menjual disamping pengisian yang bagus.


Teknik bloging juga patut dipelajari. Ramai diantara blog-blog dimalaysia ini, mempunyai banyak iklan dimuka hadapan. Ini akan menjadi berbagai-bagai tanggapan pengunjung kedalam blog  kita. Memang cantik dengan iklan, adakah itu tujuan kita membina blog. Apa yang kita inginkan Blog peniagaan bukan blog banner.

Reka atur pada blog.

Seperti keadaan rumah , kita mahukan setiap perabut diletak ditempat yang betul. Sedap mata memandang, Bayangkan sekiranya rumah kita bersepah, bagaiman perasaan kita. Begitu juga blog kita, reka atur memang perlu supaya blog kita tidak menyakitkan mata dan mudah untuk dilayari.Cari contoh blog yang kemas rekaan didalam internet.Sesuatu yang kemas membuat kita bersemangat untuk berblogging.Inilah yang dikatakan blog perniagaan.

Bijak dalam pemilihan topik.

Pemilihan topik yang menarik juga memain peranan yang penting dalam kita berblogging sebelum post sesuatu cuba kaji selidik dahulu topik untuk diperbincangkan .Adakah topik yang hendak kita tulis itu adalah matlamat asal blog kita. Jangan memilih topik yang salah ini akan menjadi matlamat blog kita tersasar jauh. Apabila kita bijak memilih topik, ini akan menaikkan blog trafik kita.Blog post yang baik adalah sesuatu yang paling penting.

Menekan pada sesuatu produk.

Ini adalah perkara yang penting, ramai diantara kita terlalu ingin memcuba sehingga kita hilang fokus. Terdapat banyak produk di dalam produk kita. Kadang-kadang produk yang diiklan tidak ada kena mengena dengan blog. Cari sesuatu produk yang mudah untuk dijual kerana tujuan blog kita dibina untuk menjual dan bukan hanya beriklan sahaja. Ramai yang berjaya dalam blogging menekan kepada sesuatu produk tetapi kita seharusnya mencuba pelbagai cara untuk berjaya

Post promosi.

Post promosi juga penting untuk memberitahu tentang bisnes kita buat. Sekali-sekala cuba postkan sesuatu secara direct dan telus mengenai bisnes anda. Ingat ini perlukan dilaku sekali-sekala sahaja jangan keterlaluan. Cadangan saya ialah untuk memperkenal bisnes anda melakukan pertandingan atau sesuatu peranduan. Tawarkan hadiah yang menarik untuk pengunjung anda. tidak salah untuk melabur sesuatu yang baik. Setiap pelabur yang baik menghasil sesuatu yang mengkagumkan.

Kemudahan untuk membeli.

Sekiranya sesuatu produk itu bermutu, pelanggan mesti mencari kaedah bagaimana untuk membeli .Cara kaedah yang paling mudah untuk menjual dan membeli. Di Malaysia terkenal dengan pembayaran secara perbankan iaitu maybank 2u . Pelajari kaedah menjual mengunakan Maybank 2u, ini adalah kaedah semuah 1,2,3 tetapi perlu diingat ramai yang terpendaya dengan pembayaran ini. Perlu berhati-hati , anda perlu belajar dengan  mereka yang berpengalaman.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...