Friday 6 July 2012

Masih terasa kehilangan.

Walaupun hampir seminggu Allahyarham (Mohammed Naser Bin Aliman ) pergi menyahut seruan illahi. Susah untuk saya melupakan segala kenangan yang ada bersama allahyarham, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan allahyarham disana.

Walaubagaimana pun hidup mesti diteruskan.Kenangan bersama allahyarham tetap saya ingati sampai bila-bila. walaupun saya bukan saudara terdekat , saya cuma kawan dan bekas majikan tetapi saya betul-betul merasai kehilangan seseorang yang amat saya sayangi. Inilah dikatakan ajal maut semua ditangan tuhan, memberi kita pengajaran bahawa hidup didunia ini hanya pinjaman semata-mata bukan kekal abadi. Sebagai seseorang yang sihat kita harus berbakti kepada orang tidak bernasib baik.berbaktilah sebanyak mana yang boleh. Apa yang berlaku terhadap kawan saya ini membuat saya lebih insaf dan ingin berbakti kepada semua masyarakat yang kurang bernasib baik.Lagi-lagi pada orang yang pernah menyumbang tenaga kepada syarikat saya. Saya berharap supaya Allah menguatkan semangat saya untuk berbakti pula pada keluarga allahyarham dimasa akan datang. Untuk Mohammed Naser Bin Aliman " aku sentiasa mengingatimu hingga akhir hayatku"- Al - fathihah....


Monday 2 July 2012

Perginya seorang kawan.

Semalam saya dikejutkan dengan berita yang amat memilukan, seorang sahabat dan juga bekas pekerja telah meninggalkan saya untuk selama-lamanya- Mohammed Naser Bin Aliman. Dengan usia yang begitu muda 29 tahun, allahyarham telah mengidapi  Kanser kelenjar (lymphoma) hampir 3 tahun. Allahyarham juga telah meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak yang masih kecil , 2 tahun dan 1 tahun. Allahyarham juga seorang yang periang dan peramah. Disamping mempunyai sikap bertanggungjawab, amanah dan tekun dalam menjalankan tugas.










3 hari sebelum allahyarham meninggal dunia


pusara allahyarham


Allahyarham seorang yang tabah dan sabar menghadapi penyakit yang dihidapi sehingga nafas beliau yang terakhir.Banyak kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan membuat saya merindui senyum tawa dan lawak jenaka oleh allahyarham. Walaupun allahyarham tidak dapat berkhidmat dengan syarikat saya disebabkan penyakit yang dihadapi saya tetap bertanya khabar tentang allahyarham dari masa kesemasa. Walaubagaimana pun Allah lebih menyayangi allahyarham.Segala kenangan akan terpahat dihati sanubari dan saya berjanji untuk menolong keluarga allahyarham sekiranya diperlukan. Al- fahtihah untuk  kawanku Mohammed Naser Bin Aliman (25.10.1983 - 01.07.2012).


Friday 29 June 2012

Mengalami Kecederaan.

Sukan bowling memang tidak boleh lari dengan saya. Memandang bowling adalah perkara wajib sekira saya mempunyai masa terluang. Disamping menyihatkan badan, saya dapat belajar berbagai-bagai perkara dari sukan ini. Selain itu juga saya dapat menimba pengalaman dari pertandingan yang diadakan. Buat masa ini saya telah menghadiri banyak pertandingan seperti di Johor Bahru, Melaka , Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ini memberi saya pendedahan disamping menimba pengalaman baru.

Baru - baru ini, saya telah mengalami kecederaan yang agak serius di otot peha. Atas nasihat doktor saya tidak dibenarkan untuk menghadiri latihan selama 2 minggu. Saya terpaksa akur diatas nasihat doktor. Saya telah menjalani X-RAY dan MRI terhadap otot peha yang bermasalah itu. Disamping mengambil ubat yang diberikan oleh doktor , saya berdoa untuk terus beraksi di lapangan bowling.

Ini juga memberi pengajaran kepada saya supaya memanaskan badan yang secukupnya sebelum bersukan. Kecederaan yang saya alami agak serius membuat saya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Friday 10 February 2012

Tak rugi berkorban untuk perniagaan.


Tak rugi berkorban untuk perniagaan.Salah satu perkara yang harus ada pada para peniaga adalah berkorban. Sebagai seorang peniagaan atau usahawan banyak yang telah saya korbankan untuk memajukan perniaagaan. Salah satunya masa saya peruntukan sepenuhnya untuk perniaagaan yang saya jalan. Tanpa mengira waktu sekira ada pelanggan yang ingin berjumpa dan bertanya tentang perniaagan, saya mesti peruntukkan masa untuk bakal-bakal pelanggan.
Disamping itu juga saya telah menggunakan wang simpanan  sekira syarikat mengalami kekurangan kewangan.

Untuk kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. Selepas bersedia untuk berkorban, kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja.
Berkorban maksudnya kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Jalan menuju kejayaan serta kecemerlangan memang sukar,  memerlukan pengorbanan – pengorbanan masa, pengorbanan tenaga, pengorbanan duit.

Berkorban bukan untuk kepentingan diri kita sendiri saja tapi untuk kepentingan orang lain, kepentingan bersama.
Jika Anda amati betul-betul erti sebuah kejayan, ia adalah gabungan pengorbanan individu digabung dengan pengorbanan bersama orang lain.

Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.
Soalnya sekarang, kita kena sediakan diri untuk berkorban, kerana kita akan dipaksa oleh situasi untuk berkorban bila-bila masa, di mana-manapun jua.

Wednesday 21 December 2011

Menangani masalah

Baru-baru ini saya telah menguruskan satu projek yang agak besar. Perancangan telah dibuat sejak tiga bulan yang lalu tetapi apa yang dirancang tidak memenuhi kehendak. Masalah telah berlaku menyebabkan penghantaran cargo ke destinasi tertangguh hingga 12 jam. Ini adalah disebabkan masalah teknikal yang dihadapi oleh saya. Walaubagaimana pun penghantaran tetap dilakukan, ini menyebabkan pelanggan saya kurang berkenyakinan terhadap perhidmatan yang diberikan walaupun cargo tersebut selamat tiba kedestinasi. Apa pun yang berlaku saya tetap berfikiran rasional dengan masalah yang dihadapi . Untuk mendapat kepercayaan dari pelanggan agak tipis disebabkan masalah yang dihadapi. Sebagai seserang ahli pernigaan mengambil ini sebagai pengajaran untuk masa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...