Tuesday 8 November 2011

Perniagaan bukan semudah yang disangkakan.

Buat masa ini kerajaan telah mengalakkan bumiputra untuk menceburi dalam perniagaan. Makin ramailah bakal peniaga berdaftar dengan agensi Kerajaan. Disamping banyak kemudahan yang disediakan untuk golongan ini. Perlu diingat !!!! menceburi peniagaan bukan hanya mendaftar di agensi kerajaan semata-mata. Banyak pengorbanan yang harus dilakukan samada dari segi kewangan, mental dan fizikal. Ramai diantara kita membuka perniagaan hanya untuk mencari untung semata-mata tanpa memikirkan kebolehan dalam perniagaan yang dijalankan.. Sebelum kita bergelar bussinesman , lebih baik memperlengkapkan diri dengan ilmu dalam selok-belok peniagaan.

Thursday 27 October 2011

Kawan dan Lawan.

Hari ini membuat saya terperanjat !!! salah seorang kawan baik saya telah mengambil customer saya. Apa yang membuat saya terperanjat adalah kawan saya ini baru memulakan perniagaannya. Bagi saya , ini adalah permainan bisnes dan saya mempunyai prinsip saya tersendiri. Sekiranya bukan rezeki saya redhakan.

Dugaan Hidup


Umar Bin Khattab RA pernah berkata "Aku lebih suka diberikan musibah dan dugaan kerana dengan itu aku mampu bersabar daripada aku diberikan kekayaan dan tidak mampu bersyukursebab bagiku bersyukur lebih berat untuk dilakukan daripada bersikap sabar."

Sunday 2 October 2011

KAWAN DAN LAWAN.

Hari ini saya terperanjat , salah seorang kawan baik saya yang baru memulakan bisnes telah menjadi pesaing saya. Apa yang memeranjatkan saya salah satu Customer saya telah diambil. Bagi saya bukan rezeki saya, saya redha apa yang berlaku dan penting saya mempunyai prinsip saya sendiri " DONT BE EVIL ".....

Thursday 3 March 2011

Internet Marketing

Setiap perniagaan mempunyai strategi permasaran masing-masing, seperti saya memilih memasarkan perhidmatan melalui internet. Walaupun nampak senang tapi ianya agak sukar kerana ia memerlukan teknik-teknik mesti diperlajari dan memakan masa yang agak lama. Tetapi ia bergantung pada individu tersebut, seperti saya tidak ada basic dalam pengaturcaraan mungkin memakan masa yang lama. Alhamdullilah ,sekarang sebarang  perkara tentang internet marketing telah pun saya pelajari dan mengunakan untuk memasarkan perniagaan saya. Ada diantara perlu mengunakan wang untuk membeli software mengenai internet marketing dan ada pula didapati secara percuma. Buat masa ini banyak buku-buku dipasaran mengenai internet marketing.

salah satu contoh permasaran internet yang perlu anda pelajari :-

- email hunter
- google adword
- blogspot
- efax
- laman sosial
- adsense
- SEO
- link exchange
- forum

dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...