Thursday 27 October 2011

Kawan dan Lawan.

Hari ini membuat saya terperanjat !!! salah seorang kawan baik saya telah mengambil customer saya. Apa yang membuat saya terperanjat adalah kawan saya ini baru memulakan perniagaannya. Bagi saya , ini adalah permainan bisnes dan saya mempunyai prinsip saya tersendiri. Sekiranya bukan rezeki saya redhakan.

Dugaan Hidup


Umar Bin Khattab RA pernah berkata "Aku lebih suka diberikan musibah dan dugaan kerana dengan itu aku mampu bersabar daripada aku diberikan kekayaan dan tidak mampu bersyukursebab bagiku bersyukur lebih berat untuk dilakukan daripada bersikap sabar."

Sunday 2 October 2011

KAWAN DAN LAWAN.

Hari ini saya terperanjat , salah seorang kawan baik saya yang baru memulakan bisnes telah menjadi pesaing saya. Apa yang memeranjatkan saya salah satu Customer saya telah diambil. Bagi saya bukan rezeki saya, saya redha apa yang berlaku dan penting saya mempunyai prinsip saya sendiri " DONT BE EVIL ".....

Thursday 3 March 2011

Internet Marketing

Setiap perniagaan mempunyai strategi permasaran masing-masing, seperti saya memilih memasarkan perhidmatan melalui internet. Walaupun nampak senang tapi ianya agak sukar kerana ia memerlukan teknik-teknik mesti diperlajari dan memakan masa yang agak lama. Tetapi ia bergantung pada individu tersebut, seperti saya tidak ada basic dalam pengaturcaraan mungkin memakan masa yang lama. Alhamdullilah ,sekarang sebarang  perkara tentang internet marketing telah pun saya pelajari dan mengunakan untuk memasarkan perniagaan saya. Ada diantara perlu mengunakan wang untuk membeli software mengenai internet marketing dan ada pula didapati secara percuma. Buat masa ini banyak buku-buku dipasaran mengenai internet marketing.

salah satu contoh permasaran internet yang perlu anda pelajari :-

- email hunter
- google adword
- blogspot
- efax
- laman sosial
- adsense
- SEO
- link exchange
- forum

dan sebagainya.

Sunday 27 February 2011

Perniagaan dan Sukan.


Ramai diantara kita yang terlibat dalam perniagaan terlibat dalam sukan. Seperti ahli koporat, mereka banyak terdedah dengan sukan Golf. Ini adalah kerana sukan ini  amat popular dikalangan ahli-ahli koporat disamping bermain, mereka dapat bertukar-tukar pendapat tentang perniagaan. Sukan juga mengajar kita fokus terhadap sesuatu bidang. Selain dapat menyihatkan badan dan melepaskan tekanan , sukan juga dapat bergaul dengan ramai orang.



Seperti saya, berminat dengan sukan bowling agak sekian lama., dimana bowling mengajar saya erti fokus, kesabaran dan semangat kesukanan. Disini juga saya dapat berkenalan dengan ramai orang dengan berbilang bidang yang mereka ceburi. Disamping itu juga, saya dapat memperkenalkan bisnes yang saya jalankan kepada mereka.



Zulmazran Zulkifli Pemain boling Malaysia merupakan atlit yang saya minati.


Peniagaan dan Sukan


Disamping itu , saya juga telah menghasilkan beberapa blog mengenai boling  Di mana blog yang saya hasilkan mempunyai peranan yang tersendiri sebagai teknik-teknik terkini sebagai pemain bowling dan perkara asas untuk bermain boling ( learn bowling). Untuk mendapat jatuhan pin yang terbanyak bola juga penting , disini juga saya menghasilkan blog untuk bowler mengkaji bola yang sesuai dengan mereka (super bowling   ). Perkara yang paling mencabar sepanjaang berpengalaman dalam sukan boling ialah menganjurkan pertandingan. Pertandingan yang paling besar saya pernah buat adalah melibatkan Wang tunai sebanyak RM13000.00  (Jb Bowling Tournament). Diharap   apa yang saya minati dapat menjadi suatu manfaat untuk dikongsi bersama dan teruskan untuk menyokong segala sukan di Malaysia bumi yang bertuah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...