Showing posts with label Denai pinggiran. Show all posts
Showing posts with label Denai pinggiran. Show all posts

Thursday 25 March 2010

isu perobohan Denai pinggiran

Membasmi setinggan , meningkatkan pembanggunan banyak persoalan yang bermain di fikiran, Kampung Denai pinggiran telah wujud lebih dua puluh tahun. Akhirnya di roboh oleh pihak yang berkaitan.Mungkinkah kampung ini akan tinggal kenangan ?




 

JOHOR BAHRU 24 Mac - Operasi merobohkan rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran di sini hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini walaupun penduduk merayu supaya ia ditangguhkan.


Namun Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru terpaksa bertegas berikutan tempoh yang diberikan sudah memadai untuk penduduk berpindah ke Pangsapuri Kempas Permai iaitu satu daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.

Seramai 32 keluarga menerima notis kedua untuk mengosongkan tanah kampung itu dalam tempoh dua minggu daripada tarikh notis yang dikeluarkan pada 1 Mac lalu.

Penduduk berkenaan mendakwa tindakan merobohkan rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu itu tidak wajar berikutan tiada wang pampasan diberikan dan kenderaan untuk memindahkan barang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, penduduk mula berkumpul seawal pukul 8 pagi namun operasi meroboh rumah hanya bermula kira-kira 1 petang.

Utusan Malaysia dimaklumkan, hingga pukul 4 petang sebanyak 10 daripada 35 rumah penduduk telah dirobohkan.

Lebih 50 kakitangan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, Bahagian Perumahan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru hadir di tempat kejadian dengan dibantu anggota polis dan Rela untuk mengawal keadaan.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Denai Pinggiran, Abdul Talib Ithnin berkata, pihaknya sedia berpindah ke Pangsapuri Kempas Permai namun mengharapkan ihsan kerajaan negeri memberi wang sagu hati sebagai timbal balas kepada penduduk kampung.

sumber : Utusan Malaysia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...