Tuesday 4 August 2015

Rahsia kejayaan Honda ( Bapa Industri Motosikal Jepun).


Soichiro Honda adalah pengasas Honda Corporation. Beliau dikenali ramai sebagai bapa industri motosikal Jepun. Selepas menamatkan latihan dengan sebuah bengkel kereta. Honda menubuhkan syarikat Tokai Seiki. Honda menghantar 50 daripada pengeluaran pertama unit piston kepada Toyota untuk diuji. Hasilnya 3 daripada 50 sampel tersebut yang lulus.


Prihatin dengan masalah Penduduk setempat.




Pada masa itu, Jepun telah mengalami kemelesetan selepas perang. Orang ramai perlu bergerak untuk  mendapatkan bekalan makanan dan keperluan. Kenderaan yang ada pada masa itu dan mudah didapati ialah basikal. Maka tercetuslah idea untuk membantu orang awan dengan mengubah basikal tersebut dengan basikal berenjin.

Bermula dengan enjin yang ringkas pada basikal tersebut, buat pertama kalinya honda memperkenalkan Motosikal yang mempunyai enjin yang ringkas dengan kos yang murah dan mendapat sambutan yang hebat dikalangan penduduk yang berpendapatan rendah . Pada tahun 1951, Honda memperkenalkan motosikal model E yang mempunyai 4 injap. Pada masa itu , model tersebut dinilai sangat berkualiti di Jepun.



Membawa produk honda keperingat antarabangsa.

Bagi membawa produknya kepasaran antarabangsa beliau melawat para pengeluar motosikal lain di Britain dan menonton perlumbaan motosikal. Beliau menyedari bahawa Britain telah mengeluarkan motosikal dengan 36 kuasa kuda. Beliau amat malu dengan ciptaannya walaupun digelarkan produk yang terbaik di Jepun ketika itu. Honda bertekad untuk membangunkan teknologi Motosikal supaya dapat bersaing dengan syarikat ternama di Britain.


Selepas berusaha gigih selama lima tahun, motosikal lumba Honda mendapat tempat keenam dalam British Isle of Man Superbike Championship. Dua tahun kemudian Honda Racing team mendapat tempat pertama dalam perlumbaan, kejayaan ini amat luar biasa dengan menduduki tempat pertama hingga kelima bagi kategori 500cc, 250cc dan 125cc. Mereka pergi jauh dengan memenangi Grand Prix bagi kategori 125cc dan 250cc. Pada masa itu, angka jualan Honda sudah melangkui 100,000 unit motosikal.


Walaupun ramai yang memuji dengan kemanpuan honda untuk bersaing diperingkat antarabangsa tetapi beliau tetap tidak berpuas hati dengan hasil yang ada. Belia sedar setiap kejayaan akan ada kejatuhan. Oleh itu, beliau melaburkan JPY400 juta kepada Amerika, Jerman dan Sweeden untuk membeli peralatan bagi tujuan membaik pulih kemudahan lama di kilangnya. Hal ini disambut baik oleh kerajaan Jepun disamping boleh meningkat taraf ekonomi penduduk setempat dan kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Honda. Pada asalnya perusahan ini adalah untuk membantu penduduk yang mengalami masalah pengankutan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...