Sunday 23 February 2014

Petua Kejayaan : Bantu bisnes orang lain.

Salah satu rahsia kejayaan ialah membantu bisnes orang lain. Sudah menjadi lumrah alam setiap yang baik akan pasti dibalas dengan baik. Ramai diantara kita bersikap pentingkan diri sendiri dan malas untuk membantu orang lain untuk berjaya. Mereka lebih suka menjadi pemerhati dan selesa dengan keadaan mereka sekarang ini. Keselesaan yang mereka rasai ini membuat sifat-sifat malas akan timbul. Cuba kita perhatikan ramai mereka yang sudah berjaya dan sudah pun bergelar jutawan , mereka juga tetap membantu mereka yang yang memelukan. Sifat ini kita mesti terapkan pada diri kita sewaktu kita mula-mula berniaga. Mudah-mudah apa yang kita buat akan dibalas dengan baik.



Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredaannya di dalam hatinya pada hari kiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."

(Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Oleh kerana manfaat yang cukup besar maka janganlah kita abaikan sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan melapangkan kesusahan orang lain. Latihlah diri kita untuk bersedekah dan memberi khidmat masyarakat yang memerlukannya. Jangan tangguh-tangguh untuk membuat kebaikan, mulakanlah dengan sedikit setakat kemampuan kita. Jangan fikir kita akan rugi sebab rezeki yang datang daripada Allah SWT kita tidak tahu dari mana puncanya. Dia akan beri rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka apabila kita sahut seruan Allah SWT untuk sedekah dan infaq di jalan-Nya dan memberi khidmat percuma tanpa mengharapkan balasan.

Hanya dengan satu " LIKE " dapat memajukan perniagaan orang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...