Monday 24 February 2014

Bagaimana 1 - 1 = 10 ?

Dari segi mata kasar 1 - 1 = 0 tapi didalam Islam 1 - 1 = 10 ataupun 100 atau lebih dari itu. Ini adalah perumpamaan yang mudah bagi kita umat Islam. Sekiranya kita tidak kedekut untuk bersedekah dan menolong orang lain ditimpah kesusahan insyallah Allah akan menunjuk jalan untuk kita. Hal ini juga pernah terjadi pada saya , yang mana saya hanya mempunyai sejumlah wang tetapi datang seorang insan amat memerlukannya. Dengan rela hati dan ikhlas saya memberikannya dan apa yang termanpu oleh saya hanya berdoa dan tunjukkan jalan yang benar kepada diri ini. Alhamdulillah, Allah telah melipat kali gandakannya dari pemberian yang saya berikan tadi.



BERSEDEKAH MENYEBABKAN KITA KAYA

Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.

Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang

Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...