Monday 6 May 2013

Selepas PRU 13 .



Pada 05.05.2013 seluruh rakyat Malaysia telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin . Penggal ini adalah kali ketiga saya mengundi, saya mengundi siapa ? Biarlah menjadi rahsia peribadi . Demi menjaga hati pelanggan saya yang rata-rata adalah berbeza kaum dan fahaman politik. Didalam bisnes saya tidak boleh menghadkan diri saya untuk berniaga kepada sesiapa yang berlainan ideologi dalam politik sebab itu saya tidak pernah memasukan isu-isu politik didalam facebook saya dan didalam blog ini. Tidak kira apakah parti kegemaran anda, anda adalah tetap bakal pelanggan saya.

Diwarung-warung, kedai-kedai kopi ramai orang berbicara tentang keputusan pilihan raya ke 13. Masing-masing dengan pendapat dengan pendapat yang berbeza-beza. Sebagai anak tempatan , saya hanya dapat mendengar dan memberi pendapat serba sedikit terhadap keputusan PRU ke 13. Disini juga saya harus berhati-hari mengeluarkan pendapat kerana takut melibatkan isu perakauman.

Membuang undi bersama kaum lain.

Saya membuang undi bersama kaum cina di salah sebuah Sekolah Jenis kebangsaan Cina , di daerah Tampoi, Johor Bahru, Johor. Berbeza dengan penggal lepas , proses membuang undi agak cepat , mungkin disebabkan dengan syarat baru iaitu " Dakwat Kekal "  menyebabkan saya terpaksa beratur lebih satu jam.

TanggungJawab sebagai anak Malaysia.

Walaupun tanggungjawab saya sudah selesai dalam membuang undi tetapi tanggung jawab untuk menjaga keamanan dan kehormonian harus diambil kira. Kita cukup bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia. Dimana kita dapat hidup dan menjalan aktiviti perniagaan dengan mudah dan selesa. Tidak seperti dinegara lain, mereka di himpit dengan taraf ekonomi yang begitu tinggi dan mereka tidak mendapat bantuan dan subsidi dari kerajaan mereka keadaan ini berbeza sama sekali di Malaysia.

Tahniah kepada Kerajaan Malaysia.

Semoga dengan kemenangan Barisan Nasional memberi kebaikkan dan kemudahan untuk kita sebagai anak Malaysia. Disamping itu barisan Kepimpinan yang baru dapat memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan . Marilah kita sama-sama mengekalkan keamanan , inilah  bekalan kita untuk generasi akan datang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...