Tuesday 19 March 2013

Expo Pendidikan, kerjaya & kempen kesedaran Jenayah, Aids & Dadah


Expo Pendidikan, kerjaya & kempen kesedaran Jenayah, Aids & Dadah

Bertempat di SMK Sekolah Dato Abdul Rahman Yassin,Tampoi, Johor bahru pada 11 hingga 14 April 2013. Bermula pada 7 pagi hingga 11 malam. Program 4 hari 3 malam ini dianjurkan Persatuan bekas pelajar (ALUMNI SDARY) .Dengan Anjuran bersama PIBG SDARY, SMK Dato Abdul Rahman Yassin, KRT Rumah MARA Tampoi dengan kerjasama LA21 Zon Tampoi Dan PEMADAM Johor Bahru.

Expo ini juga mendapat sokongan beberapa jabatan kerajaan seperti MBJB, MAIJ , PDRM , RTM, dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan. Di samping beberapa syarikat swasta yang turut serta seperti TV3 , Maybank, Perodua  dan beberapa syarikat swasta yang terkemuka.

Misi dan tujuan adalah memberi kesedaran tentang jenayah di samping beri pendidikan tentang bahaya dadah kepada masyarakat. Program ini juga merupkan salah satu program memberi hiburanbersama kesedaran tentang gejala sosial seperti Mat rempit, ponteng kelas, samseng dan kesalahan lain yang berpunca dari pergaulan yang tidak sihat.

Forum perdana juga diadakan pada 11 April dengan ahli panel YB Dato Haji Noh Bin Gadut merupakan penasihat Majlis Agama Islam Johor. Bertempat Dewan Merdeka SMK SDARY   pada pukul 8.30 malamTajuk yang perbincangkan Permuafatkan Asas Kejayaan Malaysia.

Peluang Peniagaan.
  • Dianggarkan lebih dari 3000 pengunjung akan hadir .
  • Kios dan ruang diniagakan disediakan untuk mereka yang berminat untuk berniaga dengan harga serendah RM350.00 ( 4 hari) hingga RM2500.00 (4 hari).
  • Pakej penajaan juga masih dibuka antara kelebihannya kami akan membantu mempromosi peniagaan, risalah dicetak sebanyak 30,000 keping dan berbagai-bagai kelebihan sebagai  penajaaan.
  • Kepada yang berminat sila layari link dibawah





Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

En.Norzri - 0137470374
Puan Roselarezan Arisan - 0177967574
En. Ungku Mahadzir - 0197200074

Expo Pendidikan , Kerjaya & kempen kesedaran jenayah, Aids dan Dadah 
Tarikh : 11 - 14 April 2013
Bertempat : SMK Sekolah Dato Abdul Rahman Yassin Tampoi Johor Bahru, Johor (SDARY)
Masa : 7am - 11pm 
Masuk percuma.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...