Monday 25 March 2013

NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU




1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.


"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Sumber dari - fb Mutalib Attholib

Tuesday 19 March 2013

Expo Pendidikan, kerjaya & kempen kesedaran Jenayah, Aids & Dadah


Expo Pendidikan, kerjaya & kempen kesedaran Jenayah, Aids & Dadah

Bertempat di SMK Sekolah Dato Abdul Rahman Yassin,Tampoi, Johor bahru pada 11 hingga 14 April 2013. Bermula pada 7 pagi hingga 11 malam. Program 4 hari 3 malam ini dianjurkan Persatuan bekas pelajar (ALUMNI SDARY) .Dengan Anjuran bersama PIBG SDARY, SMK Dato Abdul Rahman Yassin, KRT Rumah MARA Tampoi dengan kerjasama LA21 Zon Tampoi Dan PEMADAM Johor Bahru.

Expo ini juga mendapat sokongan beberapa jabatan kerajaan seperti MBJB, MAIJ , PDRM , RTM, dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan. Di samping beberapa syarikat swasta yang turut serta seperti TV3 , Maybank, Perodua  dan beberapa syarikat swasta yang terkemuka.

Misi dan tujuan adalah memberi kesedaran tentang jenayah di samping beri pendidikan tentang bahaya dadah kepada masyarakat. Program ini juga merupkan salah satu program memberi hiburanbersama kesedaran tentang gejala sosial seperti Mat rempit, ponteng kelas, samseng dan kesalahan lain yang berpunca dari pergaulan yang tidak sihat.

Forum perdana juga diadakan pada 11 April dengan ahli panel YB Dato Haji Noh Bin Gadut merupakan penasihat Majlis Agama Islam Johor. Bertempat Dewan Merdeka SMK SDARY   pada pukul 8.30 malamTajuk yang perbincangkan Permuafatkan Asas Kejayaan Malaysia.

Peluang Peniagaan.
  • Dianggarkan lebih dari 3000 pengunjung akan hadir .
  • Kios dan ruang diniagakan disediakan untuk mereka yang berminat untuk berniaga dengan harga serendah RM350.00 ( 4 hari) hingga RM2500.00 (4 hari).
  • Pakej penajaan juga masih dibuka antara kelebihannya kami akan membantu mempromosi peniagaan, risalah dicetak sebanyak 30,000 keping dan berbagai-bagai kelebihan sebagai  penajaaan.
  • Kepada yang berminat sila layari link dibawah





Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

En.Norzri - 0137470374
Puan Roselarezan Arisan - 0177967574
En. Ungku Mahadzir - 0197200074

Expo Pendidikan , Kerjaya & kempen kesedaran jenayah, Aids dan Dadah 
Tarikh : 11 - 14 April 2013
Bertempat : SMK Sekolah Dato Abdul Rahman Yassin Tampoi Johor Bahru, Johor (SDARY)
Masa : 7am - 11pm 
Masuk percuma.





Tuesday 12 March 2013

Ketahui golongan murah rezeki

Ramai diantara kita tercari-cari bagaimana untuk dimurahkan rezeki dan bebas dari bebanan hutang.Sebagai seorang Islam yang beriman kita percaya rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah. Samada kita sedar atau tidak  kita sering diuji dengan rezeki yang melimpah ruah tetapi ini adalah ujian untuk kita membahagikan rezeki tersebut. Salah satu berzakat , adakah kita berzakat dan bersedekah sekiranya kita diberi rezeki yang mewah. Adakah kita mendapat rezeki dari hutang yang dibuat.  Untuk berjaya kita seharusnya menyelesai masalah kewangan terlebih dahulu. Kemudian anda boleh fokus terhadap kerja atanpun peniagaan anda. Berbagai -bagai kaedah dan tips telah anda mencuba tetapi kewangan anda masih ditahap amat merunsingkan . Kenapa ? Disini saya akan terang beberapa golongan terhadap punca rezeki .Semoga anda  memahami dan mendapat pengajaran .



Golongan pertama.

Mereka ini adalah golongan yang sentiasa berserah  kepada Allah semata-mata. Mereka ini  cukup dan sedar bahawa rezeki adalah diatas pemberian Allah. Mereka ini bergantung harap kepada Allah serta percaya walaupun kerja kuat macam mana sekali rezeki sentiasa sama. Apa yang mereka buat adalah berserah tanpa usaha yang tinggi

Golongan  kedua.

Mereka ini adalah seorang yang kuat berusaha dan mempunyai fikiran bahawa hanya berkerja kuat sahaja boleh memiliki apa yang di inginkan. Selalunya mereka ini dibayar mengikut kemampuan dan pengalaman mereka. Selalunya mereka ini tidak puas dengan apa yang mereka dapat sentiasa mencari-cari sesuatu untuk menampung hidup mereka.  Kadang-kadang mereka ini tidak berpuas hati dengan pemberian dan ganjaran yang mereka nikmati dan berfikiran mereka telah bekerja keras dan hasilnya mestilah lumayan.

Golongan  Ketiga.

Mereka ini adalah dalam kategori memberi jalan untuk orang lain mendapat rezeki dan memimpin orang lain untuk menjana pendapatan. Golongan amat sedikit sekali kerana kebanyak mereka adalah orang berani kedepan. Golongan yang dimaksudkan ialah usahawan. Golongan ini memerlukan orang lain untuk membantu mereka agar mereka berjaya dan mereka akan membantu orang lain untuk berjaya.

Kesimpulan

Setiap golongan yang diterangkan diatas  mempunyai kelemahan dan kebaikkan . Untuk menjadi yang terbaik adalah mengabung ketiga-tiga golongan tersebut menjadi satu. Barulah kita lihat hasil yang amat lumayan. Selalunya mereka yang berjaya mempunyai ketiga-tiga  ciri diatas. Mereka seorang yang bersabar dengan cabaran. Sentiasa berkerja kuat dan memberi orang lain peluang untuk mencari rezeki . Insyallah anda akan dimurakan punca rezeki.

“Kalau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta tak banyak mana, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.” Kenapa begitu? Kerana janji Allah bahawa "Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki." (Al Baqarah :261).


Wednesday 6 March 2013

Duit dari Google Adsense



Berniaga tanpa produk di online.

Internet menjanjikan peluang perniagaan yang menguntung kepada mereka yang mahir dan mempelajari teknik terkini didalam online sehinggakan tanpa produk pun anda boleh berniaga. Bunyi agak janggal bukan ? tapi ini adalah realiti dan kehebatan bisnes online. Mari kita teliti bagaimana caranya untuk menghasilkan wang tanpa memerlukan produk.

Google Adsense.

Duit dari Google Adsense


Dengan hanya meletakkan iklan-iklan dilaman web atau diblog anda, pasti anda akan mendapat wang apabila pengunjung website anda klik pada iklan itu. Bukan itu sahaja, sekira anda meletakkan enjin pencari (Google) dilaman web anda dan pengunjung akan mengunakan enjin pencari tersebut untuk melawati laman web anda juga diberi imbuhan dari Google. Mudah bukan ? tapi bukan semudah yang disangka. Banyak peraturan yang dikenakan oleh Google untuk menjalankan bisnes ini. Salah satu contoh pengiklan dilarang sekali untuk mengiklik sendiri iklan tersebut.Kepada yang berminat untuk menyertai bisnes Google Adsense sila ke www.google.com/adsense segala pendaftaran dibuat secara percuma. Apa yang penting pelajari setiap teknik yang berikan. Ramai yang sudah menikmati duit dari Google Adsense termasuk saya.


Cek dari Google Adsense atas nama isteri saya.


Bagaimana Google Adsense berfungsi ?

Hanya dengan menampal kod html kedalam laman web anda atau blog sudah cukup untuk menantikan duit dari Google Adsense. Kaedah paste dan copy adalah perkara biasa dalam Google Adsense. Apa yang menarik anda tidak perlu tahu tentang iklan tersebut pihak google akan menguruskan kesesuaian iklan terhadap laman web atau blog anda. Apa yang patut anda buat pilih corak iklan yang bersesuai dengan laman web anda. Ini termasuklah dari segi warna untuk memenuhi citarasa klik pada iklan tersebut. Bagi saya berikanlah warna yang menyerlah supaya pengunjung dapat mudah untuk klik iklan tersebut.


11 Teknik berkesan dalam Google Adsense.


  • Gunakan keyword (kata pencari)  yang kurang tersenarai dalam enjin pencari . Ini adalah kerana setiap yang kurang mempunyai harga yang mahal . Sekiranya anda dapat menyenaraikan keyword tersebut dalam enjin pencari , ini bererti keyword tersebut akan menjadi sesuatu yang berharga dalam bisnes Google Adsense. Setiap keyword mempunyai nilai tersendiri bergantung kepada bidaan di dalam Google Adword.
  • Serlahkan iklan anda kepada pengunjung. Namum begitu artikel patut diambil kira, jangan tenggelamkan artikel anda kerana enjin pencari anda memerlukan artikel untuk membantu pengunjung mencari matlumat.
  • Tiada yang ajaib google adsense semua yang berjaya dalam bidang ini mempunyai teknik tersendiri. Salah satunya gunakan laman sosial untuk mempromosi laman web anda. pelajai lebih dari satu laman web sosial. Di Malaysia paling popular Facebook dan twitter sahaja. Malah ada yang banyak dan berguna untuk mempromosi laman web sebagai contoh Digg.com , technorati dan lain-lain lagi.
  • Buat laman web berbahasa Inggeris , hasil dari kajian laman web berbahasa Inggeris mempunyai bayaran yang tinggi dalam Google adsense.
  • Artikel yang ditulis mestilah berbentuk produk. Berbanding dengan perkhidmatan bayaran yang dikenakan agak murah berbanding laman web yang berbentuk produk.
  • Letakkan laman web anda dikalangan negara-negara eropah.
  • Highligtkan artikel anda yang berkaitan dengan tajuk laman web anda sekurang-kurang tiga kali.
  • Hasil dari kajian artikel hartanah dan kewangan mempunyai nilai google adsense yang tinggi.
  • Selalu mengkaji keyword yang berada dalam kategori mahal melalui adword keyword tool. Anda boleh menganalisikan keyword yang mendapat bidaan tertinggi.
  • Paling penting ialah original dalam menulis patut diambil kira untuk berjaya dalam Google Adsense.
  • Sentiasa mengikuti forum yang berkaitan dengan Google Adsense. Ramai yang bijak pandai dalam bidang ini selalu berkongsi cerita bagaimana untuk membuat wang di Google Adsense.
  • Belajar dari mereka yang pernah berjaya dalam Google Asense atau labur sedikit wang untuk membeli ebook yang berkaitan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...