Thursday 17 January 2013

Tingkatkan trafik blog tanpa mengunakan Software.

Betul atau tidak Blog trafik boleh ditingkatkan tanpa software ?

Tingkatkan trafik blog tanpa mengunakan Software.Ramai diantara kita tercari-cari bagaimana untuk meningkatkan blog trafik. Ramai juga yang mengambil peluang sekiranya terdapat software-software percuma untuk meningkat trafik blog mereka. Trafik blog boleh ditingkat tanpa mengunakan software . Teknik mengenai SEO perlu anda pelajari supaya blog anda menjadi tumpuan blogger.

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk meningkat trafik blog supaya menjadi 300 pengunjung setiap hari. Perkara yang paling penting ialah tajuk blog anda. Adakah tajuk blog anda mudah diingati ? atau mengikut trend terkini .

Untuk menjadi blog tumpuan ramai kita mesti mempelajari teknik-teknik blogging. Kita seharusnya pakar dan memberi tunjuk ajar secara percuma. Dengan kaedah ini  blog anda mula mencuri tumpuan orang ramai.

Panduan permulaan untuk blogging - Ramai diantara masih teraba-raba tentang bagaiman untuk membuat blog . Ramai diantara mereka tahu fungsi blog. Di sini kita harus berkongsi cara-cara atau tutorial percuma tentang panduan membuat blog.

Setiap blog post mesti melibatkan keadaan semasa (trend terkini). Mereka yang berjaya dalam blogging , mereka yang mengikut berita-berita terkini dan segala post yang sampaikan mesti up to date.

Ada pula yang mengunakan tajuk blog yang amat luar biasa tetapi isi kandungan agak mengecewakan .Kalau boleh perkara ini jangan anda buat . Ini akan membuat pengunjung blog anda menjadi bosan dan merasa menyesal untuk melayari blog anda.

Sentiasa melayari blog orang lain dan memberi komen yang baik tentang blog yang dikunjungi dan meninggal satu keyword perniagaan blog anda.

Gunakan media sosial untuk memberitahu tentang berita-berita dan blog post yang terbaru. Kalau boleh setiap tajuk mestilah membuat pengunjung berkata " wow ".

Perkara yang paling penting ialah bersabar sentiasa mencari ilmu supaya blog yang dibina mencuri perhatian orang lain . Sentiasa konsisten tentang blog supaya anda dianggap blog yang aktif. Ini akan menyebabkan anda ramai followers . Pengunjung akan mengikuti blog anda sekiranya anda aktif, buat apa follow blog yang terlalu lama tidak  dikemaskini.

Kebaikan meningkatkan trafik tanpa mengunakan software 

  • Mengurangkan kos promosi - setiap software yang dibina memerlukan kos yang tinggi  dan kepakaran yang tinggi untuk dihasil. Jadi software yang terbaik adalah mahal.
  • ranking didalam search engine (enjin pencari ) tidak kekal lama.
  • Tersenarai Dalam enjin pencari agak lama walaupun blog telah lama tidak dikemaskini.
  • Menjadikan seorang blogger yang pakar dalam hal SEO
  • blog menjadi mesra dalam enjin pencari .
  • Menjadikan seorang blogger kehendak enjin pencari.
  • Ada software telah disenarai hitam oleh enjin pencari , jadi sekiranya anda gunakan kemungkinan blog anda juga mengalami nasib yang sama.

4 comments:

  1. mantap . .nice share bro
    http://view-gambar.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hey there great post.
    Another way to increase your blog traffic is to frequently write and market your blog with a community.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang baik. terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...