Monday 28 January 2013

Sebalik kisah PSY -Gangnam Style

Sebalik kisah PSY -Gangnam Style
Disini saya akan berkongsi tentang beberapa kisah yang menarik perhation lelaki yang bernama PSY . Yang amat popular dengan lagu dan Gangnam Style yang telah mencatat beberapa angerah belum sampai setahun lagu ini berkumandang , kejayaan demi kejayaan. Di youtube sahaja setakat ini  1,246,259,478 pengunjung.


Satu fenomena yang berkaitan dengan muzik yang amat menguntungkan .Keuntungan terkini adalah dianggarkan sebanyak USD10 juta hasil dari penjualan album, muzik download,  konsert dan lain-lain lagi.Semua ini berlaku tidak sampai setahun.





Siapa itu PSY ?

Nama sebenar Jae Sang Park atau Park Jae Sang berumur dalam lingkungan 36 tahun. Dibesarkan di utara korea selatan .Mendapat pendidikan di Bostan Universiti dan Berklee College of Music .Kedua-dua ialah universiti yang terbaik di Amerika syarikat. Minat yang mendalam membuat dia menjadi penyannyi rap di universiti tersebut.

Bermula kehidupan sebagai penyanyi.

Nama PSY diambil pada tahun 2001 bermula dengan album pertama From the Psycho World .Dengan keadaan fikizal yang kurang mendapat perhatian. Pada masa itu masyarakat korea amat mementingkan ketampanan , segak dan bergaya. Di samping itu lirik didalam album tersebut memberi pengaruh negatif kepada golongan muda. Masalah menimpa apabila disaman kerana mengandungi unsur negatif oleh kerajaan korea dan dilarang diedarkan. Album kedua  pada tahun 2012 bertajuk SSA juga dilarang diedarkan pada mereka yang berusia dibawah 19 tahun. Malah PSY pernah ditolak oleh beberapa penerbit untuk menerbitkan albumnya.

Kegagalan demi kegagalan

Sikap yang tidak pernah putus asa membuat PSY terus mencuba  untuk menjadi insan yang terkenal . Pernah gagal dalam ujibakat untuk berlakon sebuah filem. mungkin disebabkan tidak mempunyai paras rupa yang menarik dan bentuk fizikal yang menjadi idaman setiap wanita. PSY mencuba lagi dengan Album bertajuk "Champion ". Disini lah bermula kejayaan yang seorang penyanyi bernama Park Jae Sang a.k.a PSY. satu syarikat yang bernama YG entertaiment menawarkan PSY menyertai  satu kumpulan Band boy. Beliau dengan rasa rendah hati menolak dan mengatakan bahawa beliau masih baru dalam arena muzik dan ingin berdikari sebagai penyanyi solo.

Kejayaan Gangnam Style




Pada tahun 2012 satu fenomena muzik yang meletup diperingkat antarabangsa  bernama Gangnam Style .Video tersebut dimuat turankan oleh youtube  dan memperolehi jumlah pengunjung sebanyak 1,246,259,478  tontonan setakat ini . Jumlah tersebut akan meningkat pada masa akan datang. Lagu tersebut mengisah seorang wanita yang mengidam kehidupan di Bandar raya Gangnam , korea yang penuh dengan kemewahan. Bandar tersebut adalah pusat perusahaan jenama Samsung. Kawasan tersebut terdiri dari orang ternama dan kaya. Lirik lagu tersebut memberi maksud dan sindirin terhadap kaum elit di negara itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...