Wednesday 16 January 2013

Kegagalan itu punca kejayaan

"Tidak ada jalan singkat.Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu" Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Setiap yang berjaya pasti merasai kegagalan, cuba anda lihat biografi mereka berjaya masing-masing mempunyai cerita tersendiri mengenai kegagalan yang mereka hadapi , ada yang kita tidak sanggup kita hadapi malah ada pula hampir muflis dan ada sudah pun muflis. Tetapi tekad untuk bangun semula untuk berjaya dan keputusan yang tidak pernah putus asa membuat mereka bangkit untuk berjaya.

Baru-baru ini saya selalu berbual kosong tentang hal-hal yang membabitkan kejayaan. Rakan saya ini selalu mengatakan " sekiranya kita berusaha tetapi rezeki setakat cam tue jer , dah memang tertulis rezeki kita macam tue ". Pandangan rakan saya ini, membuat saya tersenyum sendiri , kalau saya berfikiran begini mungkin saya tidak dapat pengalaman dari kegagalan. Apa yang penting setiap yang diusaha pasti berhasil samada lambat atau cepat .Allah itu maha adil, setiap yang berlaku adalah ketentuannya. Sebagai seorang yang beriman kita seharusnya jangan berputus asa walaupun kejayaan itu susah untuk dikecapi.

Untuk berjaya dalam sesuatu bidang kita seharus berani untuk mencuba. Semakin besar ujian yang dihadapi semakin besar kita hampiri untuk kejayaan. Apa yang amat mengecewakan ada pula yang mengunakan agama  atas alasan tidak mencuba untuk membuat sesuatu  seperti " hidup kita telah ditakdirkan begini dan ini adalah ketentuan tuhan ". Bayangkan seseorang yang berkata begini dalah seseorang yang terpelajar dan lebih berumur dari saya. Bagi saya Allah tidak menyekat hambanya itu untuk berjaya , berusaha kearah kebaikan.Semoga yang apa yang diusahakan dapat berguna untuk setiap umat di muka bumi  bertuah ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...