Saturday 12 January 2013

Buat yang terbaik

Untuk menjadi seorang berjaya kita seharus membuat sesuatu kerja atau tugasan dengan sebaik mungkin. Sekiranya kita beri peluang untuk  berniaga , lakukan dengan sebaik mungkin. Sebagai seorang insan dan umat Islam kita dijadikan oleh Allah dengan sebaik mungkin. seharusnya apa yang kita lakukan di dunia mestilah sebaik mungkin.

Perkidmatan yang terbaik

Untuk mendapat kepercayaan pelanggan kita seharusnya memberi pekhidmatan yang sebaik mungkin dan terbaik. Perkhidmatan lepas jualan juga perlu kita lagi untuk mengekal pelanggan kita dan terus menjadi pelanggan kita. Kalau boleh beri sesuatu melebihi pengharapan dan ini adalah tanda penghargaan kita kepada pelanggan. Harga adalah peranan menentukan perkhidmatan kita., selalunya harga yang tinggi pengharapan pelanggan adalah tinggi terhadap perkhidmatan kita. Kalau boleh berilah harga yang murah bersama perkhidmatan lima bintang. Pasti pelanggan anda datang kembali kepada anda.

Menjadi peniaga online yang terbaik.


Di Malaysia ramai pengusaha peniaga online mengamalkan perkhidmatan lepas jualan . Sebagai contoh memberi tip-tip yang percuma sekira pelanggan sudah menggunakan perhidmatan mereka. Disamping itu juga ada juga memberi promosi tentang sesuatu produk melalui email. hubungan baik bersama pelanggan perlu dijaga kerana mereka ini ialah  promosi offline kita. Berikan sesuatu yang diluar jangkaan pelanggan kita.

Perkhidmatan terbaik untuk pelanggan yang terbaik.

Sudah menjadi rumlah alam bahawa pelanggan inginkan sesuatu yang terbaik. Sebagai seorang peniaga kita seharusnya memikirkan sesuatu untuk memberi kepuasan yang maksima kepada bakal pelanggan. Oleh itu sediakan borang untuk pelanggan anda memberi komen mengenai perkhidmatan anda. Dengan ini anda boleh meneruskan atau memperbaiki kelemahan yang ada.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...