Thursday 27 December 2012

Bermaruah dalam bisnes


Saya didatangi oleh salah seorang pelanggan kawan baik saya. Tawaran agak menarik beliau memberi tawaran bisnes kepada saya dan mengatakan ingin mengunakan perhidmatan saya . Disamping itu juga beliau memburukan rakan baik saya dan mengatakan rakan saya itu tidak boleh lebih kurang dalam bisnes dalam pembayaran. Apa yang saya tahu pelanggan tersebut suka melengah-lengah dalam soal pembayaran. Bagi saya memang patutnya kawan saya bersikap sedemikian untuk pelanggan yang suka melengah-lengah tentang pembayaran. Tawaran yang diberikan agak menarik disamping itu juga dapat menambah pelanggan ke syarikat saya. Keputusan saya ialah saya menolak tawarannya , adalah kerana nilai persahabatan yang diboleh dijual beli dan saya ingin menjaga persahabatan supaya kekal selama-lamanya. Bagi saya biar saya kurang pelanggan tetapi saya ada maruah dalam peniagaan.

1 comment:

  1. Kalau dia boleh burukkan org.. nnti diri kita pula jadi mangsa seterusnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...