Wednesday 9 January 2013

Berani dalam bisnes

Sikap berani  patut berada dalam setiap para usahawan. Berani membuat keputusan  dan berani berhadapan dengan risiko. Sekira kita tidak berani , mana mungkin kita dapat mempelajari sesuatu yang baru. Bagi saya sesuatu keputusan yang berani adalah sesuatu yang berisiko. Kita akan berhadapan dengan segala kemungkinan yang akan berlaku, samada berjaya atau sebaliknya. Ramai diantara kita takut-takut untuk membuat keputusan dan memberi pelbagai alasan. Apa yang penting bagi saya berani itu biarlah bertempat.

Berani dalam bisnes


Ramai diantara kita hendak berniaga tapi merasa takut dan tidak berani.Kenapa ?
  • Takut rugi - Setiap yang memberi keuntungan pasti akan rasakan rugi,  makin besar keuntungan semakin besar juga kerugian akan kita tanggung jika tersilap langkah.
  • Takut bermodal - hendak berniaga tapi takut dengan untuk melabur dan bermodal. Sentiasa memerlukan perkhidmatan percuma.
  • Terlalu banyak mengkaji- mengkaji tidak salah tetapi keterlaluan akan menyebabkan kita patah semangat.
  • Termakan hasutan orang lain- Ada golongan yang tidak senang sekiranya kita berjaya.
  • Kurang berkeyakinan (bak kata Adnan sempit - kondifen).
  • Tidak berilmu- Setiap apa yang kita lakukan mesti mempunyai ilmu. Peniagaan juga memerlukan ilmu jadi belajarlah dengan mereka yang berpengalaman dalam perniagaan.
  • Takut untuk memberi- Sebagai seorang islam kita seharusnya memperbanyakkan memberi (sedekah) supaya apa yang kita perolehi diberkati Allah.
  • Sentiasa berfikiran negatif - setiap apa yang dirancang ada sahaja asalan untuk menjatuhkan diri sendiri atau orang lain. Dalam kata lain sentiasa memberi alasan. Alasan orang malas.
  • Selesa dengan keadaan sekarang - cukup makan , cukup tempat tinggal semuanya cukup (padahal belum cukup bulan gaji dah habis).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...